latifahbee

Archive for the ‘TIPS / TUTORIAL’ Category

>Assalamualaikum..hari yang cerah menyamankan otak ! haa teori makcik bedah hujung kampung deh !

Semalam kak mimi tanya mcm mana nak letak bunga rose di dalam catatan blog di bawah atau atas entry..hee bee pun tak tahu macam mana nak ajar ni ..nak bg link pun bee dah lupa link tersebut sebab masa bee buat tu bee google jer…haha..jadi bee buatlah sedikit tutorial untuk kak mimi dan boleh juga bee simpan sebagai koleksi bee sendiri kan..

Contoh bunga rose dalam entry mcm di atas atau nak lebih jelas lagi boleh ker blog mommylavender bee baru je makeover blog mommylavender semalam..heheh ! mommy ni mcm mak angkat bee dah…sayam mommy…so bee taksampai hati tengok blog mommy tak cantik jadi bee pun makeover lah…lagi pun beee nih kan gatai tangan ! agaga…

Sebenarnya bunga rose dalam post tu adalah post divider..ada banyak cara nak buat nya…salah satu cara adalah seperti yang terdapat dalam blog whitteymommy korang tau sapa whitteymommy kan ? tapi bee buat dgn cara yang lebih mudah bagi bee haha..kalau korang tak boleh buat post divider cara bee korang boleh lah tengok cara whitteymommy tu pulak erk…
ok ! mula-mula haruslah cari gambar divider apa yang korang nak letak disitu…
pilih satu gambar dividers yang korang suka contohnya bee pilih ini…

Ambil code divider tu,tengok di bahagian bawahnya ..contoh code gambar tu ialah:

<a href=”http://www.glitter-graphics.com”><img src=”http://dl8.glitter-graphics.net/pub/2326/2326048kc4sivp9bc.gif” width=309 height=112 border=0></a><br><a href=”http://www.glitter-works.org&#8221; target=_blank>glitter-graphics.com</a>

ok tengok code tu..hanya copy url gambar sahaja contoh dibawah ..
dah siap ambil url ni simpan tepi dulu..kemudian kita nak buat code untuk di letakkan dalam html template pulak !
nampak tak ? url yang kita ambil tadi diletakkan seperti di bawah ? kalau nak gambar lain tukar jer code url tu
sekarang ni copy code di atas dan letak kan dalam html template, jangan lupa backup template sebelum mencuba edit html yer..
cara-cara nya ialah :
design > edit html > cari code <div class=’post-body entry-content’> {untuk mencari code dalam html tekan expand widget templates klik ctrl + f dan masukkan code yang di kehendaki dalam kotak sebelah atas kanan itu} > dan letakkan code diatas dibawah atau atas <div class=’post-body entry-content’> {jika di bawah divider itu akan muncul bawah entry jika letak diatas divider itu akan muncul bawah tajuk}
ok itu sahaja selamat mencuba…
psssttt : rupanya sangat susah nak buat tutorial…ini pengalaman pertama!

Ketagih join contest ? klik sini

JOM JOIN CONTEST TANGKAP LELEH ANJURAN PUANBEE

tag2
Jom singgah di butik online ayujamal shop..
pelbagai jenis tudung , shawl , dan aksesori wanita di jual !
Advertisements

>

RE-PUBLISH UNUTK YANG BERTANYA…pneumedic…menjawab pertayaan pnewmedic….jwapannya adalah yes ! semuapencapaian url sebelum ni akan jadi kosong dan perlukan masa unutk naik balik.TAPI sekejap saja..dalam sebulan dah nampak kesan nya..cuma PR blog tu memang susah sikit lah….tapi alexa sekejap jer kalau ikut cara yang betul 🙂
Ingat lagi bee pernah buat entry “apa itu alexa ranking” dulu ?? haha sekarang tengok sinambungan kisah alexa ranking untuk blog bee yer..Pendek kata Ranking blog akan jatuh setiap kali kita tukar URL blog…Panjang tak kata paper…Ini semua OTAI Tahu..hik2

sebelum bee tukar pakai domain..Dalam malaysia 2550..


Yang ini pulak selepas bee pakai domain..waaa jatuh menjunam! Dalam malaysia terus no data…tapi tak per bee tengah nak berusaha menaikkan ranking dalam alexa nih..alaa blog lama tu pun 2 bulan lebih jer ..hihihi…tapi waaaaa sedih jugak tengok ranking juta-juta nih….

Eleh bee nih tu pun nak kecoh kan???

UPDATE PADA 19/2 SELEPAS SEBULAN 19 HARI BERDOMAIN, INILAH HASILNYA..

>

Seperti yang korang semua tahu bee baru jer berdomain dan bee kecoh satu kampung kan..haahaa bukan per bee hanya nak berkongsi benda baik jer..apa salah nya kan..then ramai tanya kelebihan berdomain dan bee dah buat posting tentang kelebihan berdomain (klik sini ).. sekarang ada lagi yang bertanya kat mana nak beli domain pulak..maka keluarlah entry nih…terima kasih juga buat rafina mimi…

Untuk beli domain bee cadangkan beli dengan Netkl nih sebab ..proses pembelian senang giler..then kalo korang tak faham apa-apa korang boleh tanya kepada pihak NetKl secara live tau ! bee pun sebelum membeli domain nih dah banyak pikir, tanya sana sini dan tak puas hati lagi bee chat dengan pihak NetKl ..masa tuh bee borak dengan ENZUL. peramah orangnya..tengok foto di bawah
Lepas chat dengan ENZUL dia email semua detail masa kita borak tadi, sungguh ber etika tau!
nak daftar pun senang jer hanya pilih nama domain dan tempah domain..dah tempah sampai invois email , then kita bayar dan reply balik invois tu berserta detail pembayaran..pastu tak sampai 5 minit blog kita dah pun bertukar nama..hihih eh ! tapi ini untuk domain sahaja tau..hosting still blogspot..kalau beli domain + hosting bee tak tahu lah proses nye mcm mana , tapi bee yakin lah mesti senang punya…




korang nak tempah klik jer banner nih tau…

dan kenapa bee asyik minta korang klik banner tu ? sebab lepas dah membeli kita boleh jadi agen affiliates NetKl ..setiap pelanggan yang kita rekomenkan pada pihak NetKl akan dapat bayaran…

Harga domain = RM31.60/tahun
Untuk pelanggan baru yang nak kan pihak NetKl settingkan pemasangan domain dikenakan harga RM3.00 sahaja.

jadi untuk pertama kali kita bayar RM 34.60 dan tahun-tahun berikutnya kita hanya bayar RM31.60

jels tak ? erm kalau ada nak tanya klik jer kat livechat NetKl tu ..pasti korang dilayan..

ok kalau berminat klik banner yer…

>ERm disebabkan bee mendapat pertayaan dari rafina dan lov you maka bee pun taip lah serba ringkas kelebihan memiliki domain percuma..dan insyallah bee pun akan menukar blog bee nih ke domain berbayar beberapa hari lagi..hikss suka nya..dah dapat kebenaran kan selalu dok join contest tak pernah bertuah nak dapat domain percuma nih…domain jer lah hosting kemudian kot tunggu duit nuffnang masyukk dulu kalau tak setakat domain jer lah yang mampu pun haa!

  1. Nama url yang pendek, mudah di ingati contoh : http://honeyvsbee.blogspot.com dengan honeyvsbee.com mana yang lebih mudah ?
  2. Blogspot percuma boleh di musnahkan oleh pihak admin serta merta tanpa notis manakala domain berbayar tak boleh kerana kita mempunyai hak penuh ke atas domain tersebut.
  3. Untuk jangka panjang jika satu hari anda dah tidak berminat untuk menulis blog lagi anda boleh jual nama domain anda dengan harga yang agak masssyukkk !!! dan nama domain haruslah praktikal dan mempunyai nilai-nilai unik.
  4. Setiap domain berbayar lebih mesra SEO berbandinga domain percuma, contoh jika anda menaip sesuatu dan search kebanyakkan artikle dari domain berbayar lebih cepat maka dapat menjana traffic dengan lebih lancar.
  5. Domain berbayar menunjukkan kita serius dalam dunia blog dan ini dapat menambah keyakinan pihak pengiklanan.

oh ! Tahu tak apa itu Domain ?

Domain dalah alamat tetap untuk blog anda.. contoh domain http://www.puanbee.com
manakala http://honeyvsbee.blogspot.com adalah alamat sementara blog anda!! contohlah …hehee puan bee tu nama domain bee yang akan datang hokeyyy!!!Sesiapa yang nak beli domain haruslah ringkas , mudah di ingati dah mempunyai nilai2 unik.erm bee pun tk pandai pilih nama so puanbee.com adalah yg paling ringkas.
apa itu Hosting ?
Hosting pula berfungsi untuk menyimpan segala data-data mengenai laman web anda. Ia akan menyimpan fail, teks, gambar, dan segala kandungan dalam laman web anda supaya boleh dilawati oleh orang ramai.

Domain Dan Hosting mempunyai harga yang berbeza ok…

>Salam semua..huhu.. 10 in 1 hari ni yer…macam2 nak buat setelah 2 hari terperuk di rumah gara-gara hujan dan baby pun demam ciken pop ! dah orang tua2 cakap kalau ciken pop pantang kena hujan so bee pun terperuk jer lah..nak pergi beli lauk pun tk boleh..stok dah habis..kay pun bz giler dia..keluar pagi balik pagi..!! ahah..Komen2 yang korang bagi ni pun tak terbalas lagi..esok balik kampung tak ada line di sana …uwaaa….rindu lah bee nanti dgn blog..kalau sempat bee buat auto publish lah untuk 5 hari tu..tips penjagaan ank ker review blog ke..hehe ada sapa2 nak bee review blog ker ?

KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN YANG LEBIH MANTOP!

Story fasal blog dulu lah… ni apa nih anonymous ?? amboi2 mentang2 lah bee buat blog ni “dofollow” senang-senang lah anon ni nak tumpang backlink yer jangan harap….tak kan nyer bee publish sorry yer anon anon sekalian..

“Dofollow” tu bee buat untuk memeberi backlink kepada sesiapa yang komen di blog bee , bukan untuk anon yang tah apa-apa nih..korang tahu tak apa itu “nofollow” dah “dofollow” ?
Biasanya blogspot menetapkan “nofollow” untuk tidak memberi backlink kepada spammer , tapi bee buat “dofollow” untuk memberi backlink kepada tukang komen di blog bee nih..sama-sama lah merasa kan..tapi malang nya bila buat jer “dofollow” banyak nyer spammer… tengok gambar itu sehari jer tu jenuh pulak nak padam..hehe..
Kenapa nak “Backlink” ?Backlink adalah salah satu cara untuk meningkatkan SEO sesebuah blog , dengan adanya backlink Di tempat-tempat komen blog mereke akan mendapat point untuk SEO mereka , dan blog korang akan di Crawl oleh google dengan lebih cepat..sapa tak mau kan ?Ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan Traffic juga! haaa…rajin -rajin kan lah komen di blog bee nih…
Jadi sesiapa nak jadikkan blog korang mesra pengomen tu boleh lah jadikan blog dari “nofollow” kepada “dofollow” cara-caranya :

Login kat blogger.com > Layout > Edit Html > Expand Widget Templates

  • Search (Ctrl + F) comment.authorUrl
  • Tukarkan kepada
  • Preview, kalau takde error boleh Save..
  • {kepada pengguna blogspot saja wordpress boleh pasang pluggin}
    Tapi perlu diingatkan DoFollow ini akan menggalakkan SPAMMER lebih kerap meninggalkan komen di blog kita.. SPAMBOT pon suke..! Tapi jangan risau, korang ikut jer step kat bawah ni pulak..Gunakan comment moderation.. Bila uolls dah aktifkan comment moderation, korang mempunyai hak sepenuhnya untuk publish atau delete komen itu..

    Gunakan comment moderation.. Bila korang dah aktifkan comment moderation, korang mempunyai hak sepenuhnya untuk publish atau delete komen itu.Macam bee buat sekarang ni..


    Gunakan Word Verification.. Kebanyakkan blogger tak suka word verification ni.. Kita nak komen pon nak kena isi word verification.. Tapi cara ini lah yang paling berkesan untuk membanteras spambot kerana spombot tak boleh membaca imej..
    OK itu jer step yang korang perlu buat kalau nk blog anda jadi mesra pengomen..hehe saja nak kecoh2 nih supaya korang komen disini selalu ..lalaaaaa…

    >Selamat malam kepada yang masih tak tidur lagi..hehe malam nih borak dengan abg teroro dan rafina mimi fasal berat body blog…jeng jeng jeng bee berjaya jugak mengurangkan berat body blog bee…

    Antara sebab utama bee tukar template bee , berat layout blog bee sebelum nih 159 kb..selepas tukar layout tinggal 78.51kb..then bee buang lagi widget dan tambah jacquary lazy load jadi 78.5 kb..best kan bila dah kurus nih..haha blog jelah orang nye tak pun.!

    opss harap mimi dan abg teror yang peramah nih tak marah bee sebab buat perbandingan dengan blog depa!

    yeayehh..korang nak timbang jugak ?
    klik link di bawah..seelok2nyer biarlah berat blog tu bawah seratus yer..baru lah senang orang nk Blogwalking gaya model! ahahh…

    >SEO ..SEO..SEO..hehe entry ini khas untuk DEQdeq Dan Rafina mimi..juga untuk sue manja yang tanya tips SEO tu ..lain dari ini BW laju2 kot! hee

    Bee terlepas cakap pada mereka kalau nak pilih template tu mesti pilih yang mesra SEO, then diorang tanya balik apa SEO tu..kihkih Bee terbaca di banyak blog bahawasanya SEO nih penting..untuk template wordpress memang dah ada meta-meta untuk jadikan template tu mesra SEO tapi blogspot kebayakkan kena tambah sendiri tau!

    untuk mengetahui apa itu SEO { klik sini } bee tak pandai nak jelaskan..nanti tercopy orang marah weiii!!

    Dan ini penerangan lebih lanjut lagi tentang meta tag..bee faham pun dari blog ni lah..{ klik sini }

    Untuk panduan Pemasangan Meta tag pula { klik sini }

    Tapi inilah tips SEO untuk mendapatkan traffic tanpa susah payah Buat blogwalking 🙂
    ok selamat berjaya!

    my twet-twet